Sunday, December 11, 2011

Moist Chocolate Cake (kukus)


sebelum di topping
 di hari ini, hari yg tak ader aper nak dibuat.....
bangun pagi tadi mood rajin datang pulak, idea nak masak nasi lemak buat sarapan, tapi terjadi nasi lemak untk lunch.....gara gara takder daun pandan, kena tunggu husband bangun, pastu turun kedai pon dah pukul 11 pg.....

Rasanya dah bertahun aku tak buat nasi lemak. Tapi pagi ni menjadi dan husband puji la jugak.....terlupa nak ambik pic......takpelah nanti repeat buat akan aku upload pic nyer....


 Petang pulak terajin lagi nak buat kek coklat lembab edisi kukus, resepi dari Teratak chetam.....Alhamdulillah menjadi, selama nie aku buat tak pernah jadi lembap mcm nie....tapi yg nie very very moist....
sebenarnya anak aku yg request nak makan kek coklat dari hari jumaat hari tu lagi.....sedap kan wawa ....?
 
Resepi : kek coklat lembap kukus

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair (fresh milk pon boleh)
1 cawan minyak masak/mentega cair (yan guna minyak jagung)
1 cawan gula castor ( gula pasir pon boleh)
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.

2 comments: