nuffnang ads

Sunday, March 4, 2012

300 batang lollichoc roses untuk sepupu kawin



ini lah hasilnya weekend buat 300 batang lollichoc untuk my cousin.....
Selamat pengantin baru Wani.....

tempahan student - student kolej alpha, seremban

 terima kasih pada adik adik kolej alpha sremban 2 yang mengorder kat akak coklat coklat nie....walau last minutes order, dapat gak disiapkan.....
Selamat belajar and Good Luck....




minum petang

 ada mood pulak nak buat muffin coklat chip....sesi nak memperabih cip tu, dah nak expired...
sedap nyum....nyummmm

Sunday, January 29, 2012

story sikit

hari per-1 sekolah mata lebam terhantu dgn kepala adiknya
sejak dua menjak tiga menjak nie....tempahan coklat dah berkurang. Aku cuma buat kalau ada tempahan tempahan dari kawan2 jer....bukan dah taknak buat, tapi aku dah tertumpu pada kedai pakaian yang baru dibuka....kalau nak tengok boleh layari http://nusaribayu.blogspot.com  Ada jual pakaian-pakaian lelaki especially, barang pompuan cuma brooch dan bodyfit....insyaallah Brooch nya akan bertambah banyak lagi nanti....bila ada kedai nie seronoknya lain macam sikit. Walau kedai kecil sekangkang kera, tapi tak lah penat sangat sebab hubby yg jaga kedai tu....kerja aku cuma jaga money jer.....selain tu, tahun 2012 nie anak pon dah masuk sekolah standard 1. So, penatnya lain sikit ditambah pula dgn anak ke-2 yang sangat special yang perlukan lebih attention.....

Sunday, December 11, 2011

Moist Chocolate Cake (kukus)


sebelum di topping
 di hari ini, hari yg tak ader aper nak dibuat.....
bangun pagi tadi mood rajin datang pulak, idea nak masak nasi lemak buat sarapan, tapi terjadi nasi lemak untk lunch.....gara gara takder daun pandan, kena tunggu husband bangun, pastu turun kedai pon dah pukul 11 pg.....

Rasanya dah bertahun aku tak buat nasi lemak. Tapi pagi ni menjadi dan husband puji la jugak.....terlupa nak ambik pic......takpelah nanti repeat buat akan aku upload pic nyer....


 Petang pulak terajin lagi nak buat kek coklat lembab edisi kukus, resepi dari Teratak chetam.....Alhamdulillah menjadi, selama nie aku buat tak pernah jadi lembap mcm nie....tapi yg nie very very moist....
sebenarnya anak aku yg request nak makan kek coklat dari hari jumaat hari tu lagi.....sedap kan wawa ....?
 
Resepi : kek coklat lembap kukus

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair (fresh milk pon boleh)
1 cawan minyak masak/mentega cair (yan guna minyak jagung)
1 cawan gula castor ( gula pasir pon boleh)
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.

Thursday, November 10, 2011

3 set BOX 24 pcs






nancy (my collegue) yang order nie...thank nancy

90 biji cheese tart


pelbagai perisa cheese tart ada kiwi, blueberry dan strawberry

Sunday, July 31, 2011

Dari Officemate

 Ini tempahan dari one of my collegue....dia order 18 cavity prallines dan 50 pcs cornflakes crunchy....