Sunday, December 11, 2011

Moist Chocolate Cake (kukus)


sebelum di topping
 di hari ini, hari yg tak ader aper nak dibuat.....
bangun pagi tadi mood rajin datang pulak, idea nak masak nasi lemak buat sarapan, tapi terjadi nasi lemak untk lunch.....gara gara takder daun pandan, kena tunggu husband bangun, pastu turun kedai pon dah pukul 11 pg.....

Rasanya dah bertahun aku tak buat nasi lemak. Tapi pagi ni menjadi dan husband puji la jugak.....terlupa nak ambik pic......takpelah nanti repeat buat akan aku upload pic nyer....


 Petang pulak terajin lagi nak buat kek coklat lembab edisi kukus, resepi dari Teratak chetam.....Alhamdulillah menjadi, selama nie aku buat tak pernah jadi lembap mcm nie....tapi yg nie very very moist....
sebenarnya anak aku yg request nak makan kek coklat dari hari jumaat hari tu lagi.....sedap kan wawa ....?
 
Resepi : kek coklat lembap kukus

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair (fresh milk pon boleh)
1 cawan minyak masak/mentega cair (yan guna minyak jagung)
1 cawan gula castor ( gula pasir pon boleh)
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.

Thursday, November 10, 2011

3 set BOX 24 pcs






nancy (my collegue) yang order nie...thank nancy

90 biji cheese tart


pelbagai perisa cheese tart ada kiwi, blueberry dan strawberry

Sunday, July 31, 2011

Dari Officemate

 Ini tempahan dari one of my collegue....dia order 18 cavity prallines dan 50 pcs cornflakes crunchy....

Edible Image lollichoc OREO

 Lollichoc Edible Image ni RM1.80 sebatang. kat dalam nye ada 1/2 biji biskut Oreo perisa Blueberry Ice Cream....wah sedapnyer....

cis tart untuk tahlil adik di Klang

 Cheese tart untuk majlis tahlil arwah adik. Dibawa kerumah abang di Klang

Cis Tart majlis tahlil

 cheese tart untuk majlis tahlil dan sambut Ramadhan kat Blok 3A

terbang ke jengka pahang lagi

 B35 lagi ...utk tempahan tuminah dari felda jengka pahang...(tempahan ke-3 )

Monday, July 18, 2011

baju raya...

 Dah nak masuk bulan pose nie, Yan sajer suka2 tolong kawan jual baju kurung. Kawan Yan nie ada butik di Skudai Johor. Dia suruh Yan just concentrate pada sejenis Baju kurung siap dari jenis Sutera Brunei.....


Yang uniknyer sutera nie, kawan Yan siap letak Batu lagi, nampak baju tu lebih berat dan berkilat....bukan seketul dua batu tu, tapi berketul-ketul banyaknya....


tengok la contoh contoh pic kat bawah nie....cantik kan....


 Kalau ada yang berkenan dan nak tengok contoh contoh saiz tu XS, S, M, L dan XL boleh datang umah Yan di Putrajaya atau boleh jumpa kat mana2...sekitar putrajaya la...hihihi

Baju nie dijahit berdasarkan tempahan sahaja....so, kena tempah awal sebelum 30/7/2011 nie....boleh contact Yan di 013-5986535.

OOps lupa lak harga nya taklah mahal....kalau dah nama sutera patut harga boleh tahan la mahalnyer...tapi Yan cuma letak RM125 sajer ....murah kan...?

Baju yg di tempah akan di hantar sebelum raya...So, tempah la cepat- cepat k.....







Tuesday, July 12, 2011

rasanya dah lama yan tak update blog ni...
dah terbiar tak terurus.....tempahan coklat ada la ckit ckit, Alhamdulillah
masa April last month bz banyak coz ader family in law datang ke umah yan di putrajaya dan menetap lebih kurang 1 month....so, takder masa la nak ngadap laptop kat umah.

Then sibuk dgn urusan masuk rumah baru, maklum la baru dpt kunci. hihi....asyik berulang pergi sana jer time2 terluang....mana ada masa nak ngadap pc.

And satu lagi perkara yang mendukacitakan Yan ialah, kehilangan adik kandung pada 1 Julai 2011 baru-baru nie....akibat penyakit SLE. Al-Fatihah.....

Saturday, June 18, 2011

produk terkini keluaran noraniff cokelat

coklat egg tart
















lemon meringue tart dan cheese tart

fruit tart

ini tart shell untuk buat fruit tart....untuk sendiri makan yan buat macm ni jer... tapi kalau utk tempahan yan akan pakai mold yg betul2 la...hehehe
dah ready for eat...

lemon meringue tart



Egg tart